Ya’juj dan Ma’juj

Ya’juj dan Ma’juj / Yakjuj dan Makjuj / (Bahasa Arab: يأجوج و مأجوج‎) atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi, גוג ומגוג) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam, al-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.

Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya’juj dan Ma’juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat. Ya’juj dan Ma,juj sebenarnya adalah manusia, [perlu rujukan] perwatakan ganas, membuat kerosakan, menjahanankan tamadun yang mereka serang, mengambil makanan tuaian, membunuh, merogol, mereka bergerak dari kawasan utara Asia dan timur Eropah ke selatan dan dari tengah Asia ke barat Eropah.

Yakjuj dan Makjuj dalam agama Islam

Yakjuj dan Makjuj tinggal di antara dua gunung

“Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. (Surah Al-Kahfi : 93)[1]”

Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di bumi

“Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” (Surah Al-Kahfi : 94)[2]”

Zulkarnain telah menahan Yakjuj dan Makjuj

“Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.(Surah Al-Kahfi : 95 – 97)[3]

Yakjuj dan Makjuj akan keluar kembali

“(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”. (Surah Al-Kahfi : 98)[4]”

Dinding Zulkarnain menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka

Dari Zainab binti Jahsy :

“Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.

(Hadis Riwayat Muslim)[5]

Yakjuj dan Makjuj turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi

Dikhabarkan di dalam Al Quran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

“(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 – 97)

Ya’juj dan Ma’juj dalam karya keagamaan

Injil Ibrani

Perkataan “Magog” pertama kalimuncul dalam kitab Injil Ibrani dalam Genesis(Kejadian) 10. Magog merujuk kepada nenek moyang satu-satu bangsa atau negeri dan cucu kepada keturunan Nuh. Magog boleh diterjemahkan sebagai “tanah puak Gog”, walaupun terdapat ayat-ayat yang menunjukkan Magog sebagai orang.

Kejadian 10:1:Inilah keturunan anak-anak Nuh, yaitu Sem, Yafet dan Ham. Sesudah banjir, ketiganya mendapat anak-anak lelaki.

Kejadian 10:2:Keturunan Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh dan Tiras.

Ayat di atas memberi satu tanggapan yang jelas bahawa Magog adalah nama orang. Namun, ayat-ayat seterusnya dalam Kejadian menunjukkan bahawa nama nenek moyang memainkan peranan penting dalam penamaan satu-satu negara atau puak, terutama mereka yang mengasaskan puak atau negara itu.

“Gog” dan “Magog” pertama kali muncul bersama-sama dalam Injil dalam Yehezkiel

38:2. Wahai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada Gog di tanah Magog, yaitu raja agung negeri Mesekh dan Tubal dan bernubuatlah melawan dia,[8]

  1. Dan katakanlah: Beginilah firman Tuhan: Lihat, Aku akan menjadi lawanmu, hai Gog raja agung negeri Mesekh dan Tubal.[9]

Walaupun jelas (dalam Hebrew) menyatakan Magog ialah “tanah” (eretz) melalui rangkap 2, dan Gog adalah “putera” dari rangkap 3, perbezaan identifikasi telah dilakukan. Hal ini dibincangkan selepas teks tersebut. Bible Interliner (Hebrew – Greek – Inggeris) pernyataan 2. “Anak manusia, hadaplah mukamu kearah Gog, tanah Magog, putera Rosh,[disambiguation needed] Meshech, dan Tubal; dan ramalan terhadapnya.”[10]

  1. Demikian kata Tuhan “Pada hari itu, ia datang melalui setiap pemikiran dan muncul di mindamu dan kamu akan melaksanakan pelan-pelan jahat:”[11]
  2. Kamu akan katakan, “Aku akan menentang tanah yang kampungnya tiada bertembok…(FRZ)(FRZ: merujuk kepada Iraq memandangkan Frz (Kampung Tidak Bertembok) dalam Kitab Esther)[12]
  3. Untuk merompak dan merampas harta…”[13]
  4. Sheba dan Dedan, dan saudagar Tarshish, dengan semua singa muda dari situ, mengatakan padamu, “adakah kamu datang membawa bencana?”[14]

Mereka akan disertai oleh Parsi dari Timur, Phut dari Barat, orang-orang Kush dari selatan, dan lain-lain. Kita dkhabarkan bahawa Gog menghuni utara Israel, tetapi terdapat sedikit pengesahan laluan yang dilalui Gog tersebut. Gog dan sekutunya akan menyerang “sebuah tanah perkampungan tanpa bertembok” untuk mendapatkan harta rampasan, tetapi sebelum menyerang Israel sendiri dikurangkan kepada “enam” saiz mereka (Ezekiel 39:2). Askar yang berkurangan akan dihapuskan di Israel, mayat-mayat mereka ditanam di Lembah Hamon-Gog untuk ditatapi dan diberikan komentar (39:15-17).

Bagi mengenali Gog dan Magog, Tuhan telah menjelaskan bagaimana serangan akan ditangkis (Ezekiel 39:1-16). Tentera Gog dan Magog termasuklah masyarakat daripada “Gomer, Tubal, Meshech, dan rumah Togarmah dari utara”, semua yang disebutkan adalah waris Japhets dalam Genesis 10. Tuhan menjelaskan selepas kesan peperangan di dalam bab yang sama, dan merujuk “kamu, anak manusia”:

  1. …,oleh itu Tuhan menyatakan, Berkatalah dengan setiap burung dan binatang buas di padang, kumpulkan dirimu dan datanglah,…'”[15]
  • “Kamu sepatutnya makan daging yang agung, minum darah putera dunia, dari domba dan biri-biri, kambing dan lembu, semuanya fatlings of Bashan”[16]
  • Ezekiel (38 and 39) mengatakan Gog akan dikalahkan.

    Gog dan Magog “yang pertama kali disebutkan sebagai pasangan dalam Kitab Perjanjian Baru Wahyu, yang menarik pada penggambaran mereka dalam karya-karya kenabian yang lebih tua. Mereka tampil dalam ayat 20:7-8:

    1. Dan ketika masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, dan akan keluar untuk menipu bangsa-bangsa yang berada di empat penjuru bumi, Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang: jumlah yang adalah sebagai pasir di laut. 8. Dan mereka naik ke atas luasnya bumi, dan dikepung perkemahan orang-orang kudus tentang, dan kota yang dikasihi: dan api turun dari Allah dari Syurga, dan memakannya sampai habis. (KJV) Di sini, Gog dan Magog dikenalpasti sebagai bangsa di empat penjuru bumi, dan serangan mereka diwakili sebagai krisis eskatologis selepas Milenium, untuk akan dikalahkan oleh intervensi ilahi. Bahasa Gog dan Magog adalah kemusnahan sangat mirip dengan yang disebutkan dalam Yehezkiel.

    Anda tentu seringkali mendengar mengenai perihal dasyatnya kejahatan bangsa Yakjuj dan Makjuj serta bencana besar yang akan dilakukan oleh mereka pada masa akan datang. Adakah kita semua tahu bagaimanakah sejarah asal-usul mereka ? Mengapa mereka akan memakan apa sahaja yang berada di hadapan mereka? Apakah yang menyebabkan tubuh badan mereka lebih kuat dan hebat berbanding bangsa-bangsa yang lain ? Adakah mereka ini termasuk di dalam golongan manusia?.

    Sedutan Daripada Kitab Kasyful Ghoibiyah

    Bermulalah kisah Nabi Nuh a.s mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Sam, Ham, Kan’an dan Yafis..

    1- Sam menurunkan bangsa Arab Romawi dan Ajam.

    2- Ham menurunkan bangsa Habsyi dan Zangi yang berkulit hitam.

    3- Yafis menurunkan bangsa Turki Barbar, Mongol, Yakjuj dan Makjuj.

    4- Kan’an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.

    Dari kiri adalah bangsa Arab Romawi, tengah adalah bangsa Zangi, manakala kanan pula adalah bangsa Mongol (Yakjuj)

    Ham dikatakan telah menjadi raja di Mesir, Yafis telah menjadi raja di Hindustan dan Sam pula mungkin menjadi rakyat biasa sahaja. Yafis mempunyai anak yang bernama Aaj, Aaj pula mempunyai anak bernama Auj dan Auj pula mempunyai anak bernama Unuk. Kini bermulalah kisah kehidupan anak istimewa yang bernama Unuk ini. Unuk merupakan kanak-kanak yang menghidapi penyakit terlebih hormon tumbesaran tubuh badan (penyakit ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini). Oleh kerana saiz tubuh badan manusia pada zaman dahulu adalah besar-besar, maka saiz badan Unuk pula adalah berkali ganda lebih besar berbanding saiz badan manusia yang lain! mungkin ketinggian badan Unuk lebih tinggi daripada menara Burj di Dubai (wallahualam). Ada satu lagi penyakit yang dihidapi oleh Unuk iaitu penyakit down syndrome iaitu tidak mampu berfikiran matang seperti mana orang dewasa. Cara pemikiran Unuk sentiasa seperti pemikiran kanak-kanak di dalam lingkungan usia 7-12 tahun.

    Untuk pengatahuan semua, Nabi Nuh a.s mempunyai umur yang sangat panjang iaitu mengjangkau 950 tahun! Menurut riwayat, ketika zaman Nabi Nuh a.s, Unuk inilah yang ditugaskan untuk mengambil kayu terbesar di negara Mesir untuk dijadikan bahan binaan bahtera Nabi Nuh a.s. Menurut riwayat lagi, ketika terjadi banjir besar di zaman Nabi Nuh, Unuk dikatakan tidak tenggelam (wallahualam). Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s sediri yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di puncak gunung! Sungguh besar sekali badan Si Unuk ini. Ketika banjir sedang berlaku, hanya puncak gunung Ararat di Turki sahaja yang timbul dari permukaan air bah. Di khabarkan berita bahawa bahtera Nabi Nuh akhirnya berlabuh di puncak gunung tersebut dan Unuk pula meninggal dunia ketika zaman Nabi Musa a.s

    Untuk dijadikan cerita, pada suatu hari Unuk tiba-tiba datang ke negeri Rom dan bertemu dengan raja di situ. Untuk memenuhi fitrahnya sebagai lelaki yang telah akhil baligh (walaupun pemikirannya tidak matang) maka Unuk talah mengemukakan satu permintaan terhadap sang raja, “Tuan, cubalah carikan saya seorang gadis… tetapi awas! Jika tuan tidak dapat memenuhi kehendak saya maka saya akan karamkan negara tuan dengan air laut ini (tsunami)”. Bukan main terkejutnya sang raja setelah mendengar permintaan Si Unuk itu. Fikiran raja terus mejadi kusut, di mana mungkin beliau boleh mencari si gadis yang tubuhnya sebesar badan Si Unuk itu! Tetapi raja tidak kehabisan akal di situ, beliau telah meminta tempoh selama dua belas tahun daripada Unuk untuk mencari gadis tersebut dan Unuk pun menerima permintaan sang raja tersebut.

    Mulai saat itu, sang raja memulakan usaha kerasnya demi mengumpulkan ahli pengukir batu dari seluruh pelusuk dunia untuk membuat sebuah patung gadis rasaksa! Ahli pengukir batu itu ditugaskan untuk memahat, mengukir, melukis dan mewarna sebuah gunung batu menyerupai seorang gadis jelita yang sedang berbaring. Setelah diukir siap selama 12 tahun maka perut si gadis itu telah dikorek sehingga mempunyai ruang di dalamnya. Di dalam perut gadis tersebut dimasukkan pula sisa-sisa daging mentah seperti haiwan ternakan yang mati, sisa makanan dan lain-lain daripada penduduk di situ kononnya untuk dijadikan sebagai isi perut patung gadis tersebut. Daging-daging mentah itu telah dibawa masuk ke dalam perut si gadis melalui liang kemaluan patung gadis tersebut.

    Setelah benar-benar siap lalu dipanggilnya Unuk untuk melihat si gadis yang dimintanya dahulu. Bukan main seronoknya hati Si Unuk setelah melihat patung itu, cantik dan mengghairahkan! Sehelai benang pun tidak menutupi tubuhnya. Unuk tidak dapat menahan lagi perasaan ghairahnya, lalu dijimaknya patung itu seperti singa yang sedang lapar! Setelah puas, Si Unuk terus berlalu pergi tanpa kembali lagi (mungkin meninggal dunia). Menurut riwayat lagi, air mani Unuk telah bersatu dengan daging mentah di dalam perut patung gadis tersebut lalu membusuk. Maka dengan kuasa Allah swt (kunfayakun, jika Allah swt mengkehendakinya lalu jadilah ia) daging yang busuk tersebut akhirnya telah berulat sebesar saiz tubuh seorang bayi lalu menjadi kepompong, dari kepompong tersebut maka menetaslah seorang bayi manusia yang sempurna seperti manusia biasa! Jumlah kepompong itu teramatlah banyak sehingga tidak terkira! Wajah mereka pula adalah bulat dan berkulit kuning dipercayai seperti wajah orang Asia Tengah (wallahualam).

    Setelah kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan dahaga lalu mereka pergi mencari makanan. Dengan melalui liang kemaluan patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan masuk. Mereka keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui terutama binatang ternakan penduduk di situ. Setelah itu, pada zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan tembok besi lalu mereka tidak dapat keluar mengganggu lagi. Pada saat kiamat hampir tiba, mereka akan keluar setelah tembok tutupan mereka hancur di korek mereka. Menurut hadis, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci! Agaknya sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka ketika ini? Sesetengah pengkaji Islam telah menyatakan bahawa mereka sudah lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku kaum Mongolia (Yakjuj) dan juga suku kaum Khazar (Makjuj) di selatan Russia! (wallahualam)

    Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kedatangan Yakjuj Dan Makjuj

    Sebelum munculnya Yakjuj dan Makjuj untuk membuat kekacauan di dunia ini, terdapat pelbagai peristiwa aneh yang akan berlaku sebelum kedatangannya itu. Di antara perstiwa-peristiwa tersebut adalah, keluarnya asap dukhan yang memenuhi timur dan barat bumi (tanda kiamat yang pertama), kemudian munculnya Imam Mahdi, munculnya si laknat Dajjal, dan turunnya kembali Nabi Isa a.s untuk membunuh si laknat Dajjal lalu mencorakkan kembali dunia yang telah rosak akibat dari perperangan Armageddon iaitu perperangan di antara tentera Khilafah pimpinan Imam Mahdi dengan tentera Freemason pimpinan si laknat Dajjal.

    Setelah Nabi Isa a.s berjaya membunuh si laknat Dajjal di pintu gerbang Kota Lud/Lydda iaitu di Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel. Maka malapetaka masih lagi terus menimpa umat Islam! Kini terdapat mata-mata yang sedang mengintai dunia melalui pergunungan-pergunungan tinggi di wilayah utara bumi iaitu di banjaran Himalaya, banjaran Caucasus, banjaran Tien Shan dan banjaran-banjaran lain yang berdekatan dengannya. Musuh kali ini ternyata lebih hebat dan dasyat berbanding si terkutuk Dajjal bersama para pengikutnya (Freemason dan Zionis) sehinggakan Nabi Isa a.s sendiri dan seluruh kaum muslimin pun tidak mampu untuk melawannya!

    Cuba bayangkan betapa dasyatnya malapetaka akhir zaman kelak (harap ia tidak lagi berlaku semasa hayat kita ini). Ketika bangsa Yakjuj dan Makjuj telah memunculkan dirinya, dunia ketika itu dikatakan baru sahaja hampir pulih daripada kesan tanda kiamat besar yang pertama iaitu kemunculan asap dukhan yang menyelubungi timur dan barat bumi. Asap itu dikatakan akan mengakibatkan orang kafir (tidak berpuasa dan solat) boleh menghidapi penyakit radang manakala orang yang beriman (yang bersolat dan selalu berpuasa) pula hanya menghidapi penyakit selsema sahaja. Asap dukhan itu dikatakan akan menyelubungi bumi dalam tempoh masa yang agak lama, kemungkinan besar asap itu datangnya dari meteor yang akan terhempas ke bumi (wallahualam).

    Menurut sumber rujukan, pada akhir zaman kelak segala kecanggihan teknologi akan musnah sama sekali. Segalanya adalah berpunca daripada kesan asap dukhan yang menyelubungi dunia ketika itu (tanda kiamat yang pertama) dan orang kafir pula banyak yang akan mati akibat dari perperangan, wabak penyakit serta kebuluran. Asap dukhan itu dipercayai akan merosakkan segala hasil pertanian dan penternakan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi kurang! Ini adalah kerana, asap dukhan itu akan menghasilkan hujan asid yang berlarutan sehingga membawa kepada ketandusan dunia. Lihatlah hadis di bawah ini:

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga hujan turun secara merata kepada manusia tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali” (Musnad Ahmad 3:140)

    Pada zaman akan datang, segala kecanggihan teknologi dikatakan akan lumpuh lalu kehidupan manusia kembali semula menjadi masyarakat di zaman dahulu kala (zaman Rasulullah saw).

    Kenapa Yakjuj Dan Makjuj Terselamat Dari Malapetaka?

    Menurut sumber rujukan, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya telah lama terbebas di muka bumi ini (wallahualam). Mereka terdiri daripada suku bangsa Scythian iaitu suku kaum di Mongolia (Xiongnu, Mongol dan Tartar) dan juga suku kaum di wilayah selatan Russia (Khazar, Aryanomad, Hun Alan). Mungkin orang akan tertanya-tanya iaitu kenapa pada waktu ini masyarakat di sana tidak sedikit pun membuat kekacauan terhadap dunia? Menurut pendapat para pengkaji Islam, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah manusia biasa (cucu-cicit Nabi Adam) maka sudah tentu ianya tidak adil jika Allah swt menjadikan mereka seperti haiwan tetapi di akhirat nanti mereka akan dihukum seperti manusia lain. Jadi kesimpulannya, kehidupan Yakjuj dan Makjuj pada masa kini adalah sama sahaja seperti kita iaitu mempunyai pegangan agama, patuh pada undang-undang negara dan sebagainya.

    Untuk pengatahuan semua, masyarakat Mongol dan Khazar (Yakjuj dan Makjuj) sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas. Mereka akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing, kucing, labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang dan lain-lain (sumber: National Geographic). Kesan daripada corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan keadaan mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa yang lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka pula jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggapi penyakit.

    Lihatlah semasa wabak penyalit H1N1 dan SARS melanda dunia suatu ketika dahulu, negara merekalah yang paling ramai terkena jangkitan! Amalan pemakanan bebas ini telah mengakibatkan sistem keimunan tubuh mereka menjadi sangat-sangat lemah. Selain bangsa Mongol dan Khazar, mungkin terdapat banyak lagi bangsa lain yang mengamalkan corak pemakanan bebas contohnya seperti masyarakat di Papua New Guinea, Vietnam, Kemboja, sesetengah kaum di Indonesia, China dan lain-lain. Akan tetapi, pada masa akan datang mungkin mereka akan mati akibat keracunan asap dukhan atau mungkin Imam Mahdi telah mengislamkan mereka (wallahualam). Pernahkah anda terfikir bagaimanakah keadaan bangsa Khazar dan Mongol (Yakjuj dan Makjuj) apabila dilanda masalah kebuluran?

    Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Membawa Kemusnahan Yang Dashyat!

    Ketika asap dukhan (tanda kiamat yang pertama) sedang melanda dunia, masyarakat dikatakan akan mengalami masalah kebuluran yang amat kriktikal tetapi mereka dapat menghadapinya dengan baik namun berbeza pula dengan kaum Khazar dan Mongol, mereka dikatakan akan menjadi sangat ganas dan dashyat lalu mereka mengamalkan semula cara hidup kuno mereka iaitu Nomad Gasar seperti merompak dan membunuh! Setelah sumber makanan mereka telah kehabisan, maka bermulalah episod huru-hara yang maha dashyat!

    Mereka dikatakan akan berkumpul beramai-ramai lalu memanjat tembok-tembok semula jadi ciptaan Allah swt yang merupakan banjaran-banjaran tinggi. Dari situ, mereka akan meluru turun di dalam keadaan lapar dan dahaga terus menunju ke Tasik Tiberia di Palestin lalu meminumnya sehingga kering.

    Tasik Tiberia di Palestin yang dikatakan akan diminum oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj sehingga kering

    Ketika Yakjuj dan Makjuj sedang melakukan kemusnahan yang dashyat di muka bumi ini seperti membaham binatang liar, binatang ternakan, manusia, serangga, tumbuh-tumbuhan, memusnahkan bandar-bandar, meminum air tasik/sungai sehingga kering, membuang air kecil/besar merata-rata, penduduk di dunia dikatakan tidak mampu untuk melawan mereka. Terlalu ramai penduduk yang telah terkorban ketika berperang dengan mereka. Kaum muslimin ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkurung di dalam rumah sahaja di samping berdoa dan bertawakal tanpa henti.

    Pada waktu itu, negara China dan India dikatakan telah pun hancur dimamah Yakjuj dan Makjuj. Sebelum Yakjuj dan Makjuj tiba di timur tengah, Nabi Isa mendapat laporan daripada kaum muslimin bahawa negeri mereka telah pun dihancurkan oleh mereka. Setelah mendengar laporan itu, Nabi Isa a.s segera memohon petunjuk dari Allah swt lalu Allah swt memerintahkan Nabi Isa a.s supaya bersegera membawa kaum muslimin berlindung di Bukit Tursina, Mesir. Kemudian Nabi Isa a.s memohon lagi pertolongan daripada Allah swt agar seluruh umat Islam dilindungi dari kejahatan Yakjuj dan Makjuj lalu Allah swt menghantar binatang merayap (iaitu sejenis virus berbentuk ulat) untuk menyerang leher dan belakang mereka sehingglah keseluruhan bangsa itu binasa dan mati.

    Bukit Tursina, Mesir yang dikatakan sebagai tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum muslimin di bawah perintah Allah

    Menurut pendapat para pengkaji Islam, binatang merayap yang dimaksudkan itu adalah sejenis virus yang boleh berjangkit. Ia dipercayai datangnya dari corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj seperti memakan daging mentah serta minum air sungai. Untuk membersihkan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di sana-sini, lalu Allah swt menghantar burung bersaiz unta untuk membawa bangkai tesebut ke daerah yang diperintahkan-Nya. Kemudian Allah swt telah menurunkan hujan yang amat lebat membasahi keseluruhan tempat sehingga bumi menjadi benar-benar bersih seperti kilauan cermin (putih seperti pasir pantai). Maka setelah itu, bumi dikatakan akan kembali menjadi subur dan menghijau. Nabi Isa a.s pula dikatakan akan memerintah dunia selama 40 tahun sehingga aman dan makmur dan beliau sempat menjalani ibadat haji dan umrah sebelum beliau wafat.

    Segala kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang maha mengatahui.

    DARI SURAH AL KAHFI:

    Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu:

    “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

    “Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

    “Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

    “Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

    orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

    Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

    “Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

    “Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” ayat 92-98

    Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh

    Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan

    Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh

    manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka

    yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka

    adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).

    Menurut riwayat

    Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah

    telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah

    Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah

    manusia biasa (yang di atas muka bumi)”.

    Abu Hurairah r.a.

    meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali

    atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat

    bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka

    pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allah

    telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan

    mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari

    demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila

    Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu

    mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada

    esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka

    telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah

    mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).

    Dari Zainab binti Jahsy :

    “ Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.

    (Hadis Riwayat Muslim)

    Tinggalkan Balasan

    Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

    Logo WordPress.com

    You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

    Gambar Twitter

    You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

    Foto Facebook

    You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

    Foto Google+

    You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

    Connecting to %s